Emmmm….agak2 siapa ya??
Wednesday, June 18th, 2008Emmmm….
Kadang-kadang, dalam hidup kita, akan sentiasa ada perasaan aneh yang datang mengetuk dan mengunjungi hati kita… Dan hati kita akan terpanah dengan kebaikan, keindahan, kesolehan dan keluhuran yang di miliki…
Tapi, jika itu bukan jodoh kita, lambat laun ia tetap akan pergi dan berlalu begitu sahaja…
Jika ketika ia bertandang sekadar seperti rama-rama yang terbang berehat seketika menghilangkan kepenatan dan kita menggengam perasaan itu dgn sepenuh hati kita, dengan penuh keyakinan melangkaui perbatasan iman, kadang kala ia mengundang duka dan keperitan yang cukup-cukup mendalam…
Semoga kita dapat meneruskan sesi-sesi doa, memperbanyak amalan-amalan soleh, sentiasa tawakkal dan redha dengan segala ujian serta kurniaan-Nya…… Yakinlah sahabat-sahabat tersayang, Allah swt itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia akan menghadiahkan kita sesuatu yang terbaik mengikut qadar dan masa yang sesuai untuk kita, provided that, kita berusaha menjauhkan diri dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang mampu kita jauhkan…
Emmmmmm….Sama2lah kita saling memperingati ke arah kebaikan dan beristiqmah dengan akhlak yag baik…
Assalamualaikum…